Sebanyak 245 aduan atas pelbagai kesalahan direkodkan melalui aplikasi e-Aduan@JPJ pada Ops Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh seminggu.<br /><br />Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Aedy Fadly Ramli, sebahagiannya telah diambil tindakan dan dikeluarkan notis dalam tempoh 48 hingga 72 jam selepas aduan dibuat.